Telah
diketahui dalam sejarah, kejayaan dan tamadun Eropah selepas abad
pertengahan adalah bersumberkan tamadun Islam yang telah maju lebih dahulu
daripada mereka. Bagaimanakah ini terjadi? Selain faktor penghijrahan orang
Islam dan Mozarab ke Eropah, dan hubungan diplomatik dan perdagangan, faktor
yang paling penting ialah giatnya aktiviti penerjemahan buku-buku Islam ke
bahasa-bahasa Eropah terutama bahasa Latin.
Semasa kerajaan Islam
bertapak di Andalus, para Amir dan Khalifah juga menggalakkan
kegiatan penterjemahan untuk digunakan dalam negara. Sokongan kewangan
diberikan kepada usaha-usaha menerjemah buku-buku dari bahasa Latin, Greek dan
lain-lain ke bahasa Arab. Setelah kawasan-kawasan Islam
di Andalus ditawan oleh Kristian mereka pula menerjemahkan karya-karya terutama
karya asli orang Arab ke bahasa Latin raja-raja mereka menggalakkan
supaya membuat pengajian dan penelitian terhadap karya-karya Islam yang berjaya
mereka rampas. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus
untuk menerjemahkan karya-karya Arab ke bahasa Latin dan juga menyediakan
pendidikan Arab Latin kepada masyarakat Kristian, Sekolah Arab-Latin di Toledo
dan Seville telah memainkan peranan penting dalam pengaliran tamadun ilmu
pengetahuan Islam ke Eropah.
Toledo yang ditawan oleh
Alfonso VI dari Castile pada tahun 477 H/1085 M telah dijadikan sebagai pusat
penerjemahan hasil karya ;Islam ke bahasa-bahasa Eropah. Pada umumnya orang
Yahudi di Toledo fasih berbahasa Arab dan juga Latin atau Roman. Golongan
inilah yang banyak berperanan menerjemahkan buku-buku Arab ke bahasa Latin. Di
samping itu Salomon ben Gabriel dan Moses ben Maimon merupakan sarjana dan
ahli falsafah mereka yang terkenal.
Orang Kristian di Andalus
sendiri telah menyedari kelebihan orang Islam. Raja Kristian, Alfonso
the Great dan Alfonso the Wise telah banyak membuat sumbangan
terhadap perkembangan intelektual antara orang Kristian dengan Islam, Alfonso
VII pula telah menubuhkan sebuah institusi penerjemahan di Toledo pada tahun
523 H/1130 M. Institusi ini telah mengikut contoh Bayt al-Hikrnah yang
dibina di Baghdad beberapa ratus tahun sebelumnya oleh orang
Islam. Hasil usaha ahli penerjemah di pusat ini telah membolehkan bahasa Latin
dalam bidang astronomi, matematik, falsafah, kedoktoran, kimia dan botani
sehinggalah kurun ke 7 H/13 M.
Antara para
sarjana Kristian yang berrninat dalam proses pemindahan ilmu ini ialah
Dominicus Gondisalvi, Hugh dari Satella, Petrus Alfose, John Seville, Savasonda
dan Abrahan Ezra. Mereka telah menjejaki dan menerjemahkan karya para sarjana
Islam di Barcelona, Tarragona, Segovia, Leon, Pamplona dan di kawasan selatan
Perancis seperti Tolouse, Baziers, Harbone serta Marseiles. Tetapi pusat yang
terpenting sekali masih lagi di Toledo. Mereka telah mendapat sokongan, galakan
dan bantuan dari golongan intelektual agama khususnya Reymond Archbishop di
Toledo dan Micheal Scot, bishop di Tarragona.
Pada pertengahan kedua kurun ke
6 H/12 M, penemuan karya terjemahan daripada bahasa Arab ke Latin yang paling
banyak sekali diusahakan oleh Gerard dari Carmona m. ke 5 H/11 M). Beliau telah
menerjemahkan lebih 70 buah buku Arab ke bahasa Latin. Buku-buku ini meliputi
bidang ilmu seperti matematik, astronomi, geografi, perubatan dan lain-lain.
Boleh dikatakan lebih banyak ilmu sarnpai ke Eropah melalui usaha Gerard
dari yang lain. Antara buku yang beliau terjemahkan ialah Almagest versi Arab karangan Ptolemy yang
merupakan karya penting mengenai atronorni. Beliau juga menerjemahkan Kitab al-Qanun
fi al- Tib karya Ibn
Sina, Appolonius mengenai optalmologi, karya-karya perubatan Gallen dan
Hippocrates, Kitab al-Tasrifkarangan
al-Zahrawi dan lain-lain. Semua kitab yang diterjemahkan ini berasal daripada
teks Arab.
Perlu diingatkan bahawa Eropah
tidak boleh memahami falsafah Yunani kecuali menerusi ilmu
pengetahuan Islam, ini kerana kitab-kitab falsafah seperti karangan Plato
dan Aristotle yang berbahasa Latin tidak pernah diterjemahkan terus ke bahasa
Eropah yang lain melainkan orang Eropah mengambilnya dari terjemahan orang Arab
yang telah ditambah oleh penulisan-penulisan ulama Islam.6 Sebagai contoh
Michael Scot dari Scotland (m. 650 H/1253 M) telah banyak membuat ulasan
mengenai hasil-hasil karya falsafah Aristotle yang dibuat oleh sarjana-sarjana
Islam dan hasil-hasil karya Abu Ishaq al-Bitruji telah beliau terjemahkan ke
bahasa Latin. Beliau juga menerjemah ulasan Ibn Rushd mengenai De
Code et Munde karya
Aristotle dan lain-lain lagi. Beliau juga dikatakan seorang daripada pengasas
aliran falsafah Ibn Rushd di Barat.
Montpellier dan diikuti oleh
Paris, muncul sebagai pusat pengajian ilmu pengetahuan yang terkenal di
Eropah. Bahasa Arab dijadikan mata pelajaran di beberapa buah universiti di
Eropah seperti Toledo, Narbonne, Neples, Bologne dan Paris. Hasil-hasil karya
sarjana agung Islam di pelbagai bidang telah diterjemahkan ke bahasa Latin
dijadikan bahan teks utama sehingga abad ke-16 M. Abad berikut barulah pengaruh
bahasa Raab berkurangan setelah sarjana-sarjana Barat seperti Copernicus,
Vesalius, Micheal Servetus, Nocolaus Messa, Galileo Galilei dan lain-lain lagi
membawa arah baru.
Kesan tamadun dan
kebudayaan Islam ke atas Barat telah banyak dibuktikan. Contohnya dalam
abad ke-12 H/18 M, Jesuir Juan Andres dalam bukunya bertajuk Origin,
Progress and Present State of World Literature mengenengahkan pelbagai elemen
Arab-Islam yang terdapat dalam kesusasteraan Eropah.9 Dalam abad ke 19 M,
Sarton seorang sarjana Barat telah mendedahkan sumbangan tamadun Barat.
Demikian juga hasil-hasil karya Asin Palacias, Ribera, Gonzales Palencia,
Farmer, Nykl dan lain-lain yang telah membincangkan pelbagai aspek pengaruh
kebudayaan Arab-Islam ke atas Eropah.10
Memang tidak dapat dinafikan
lagi bahawa Kristian Eropah banyak terhutang budi kepada umat Islam, khususnya
sarjana-sarjana Islam Andalus dalam bidang perkembangan intelektual dan
kebudayaan. Ini kerana Andalus menjadi pusat tumpuan mereka untuk mencari dan
mendalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Kebangkitan Tamadun Eropah
Setelah kejayaan Islam di
Andalus bermula dari 93 H/711 M sehngga abad ke 6 H/11 M, Eropah mula
belajar dari faktor-faktor kemajuan Islam untuk membuat sebarang modernisasi
dalam negara mereka sendiri. Apabila kerajaan Islam mula mengalami zaman
kemunduran dan kemerosotan, negara-negara Eropah mahu mengejar pelbagai
kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Setelah negara Islam jatuh
mereka mengambil segala ilmu-ilmu Islam dan seterusnya memindahkan ke Eropah.
Di bawah pemerintahan Bani Umayyah umat Islam telah membina institusi pengajian
dan sistem pelajaran yang terbaik di seluruh dunia dan ramai penuntut Eropah
mengunjungi universiti-universiti Islam di Andalus.
Henry Grady Weaver dalam
bukunya The Mainspring of Human
Progresssemasa membincangkan tentang sumbangan umat Islam di
Andalus (yang juga dikenali sebagai Saracen di Eropah) kepada kebangkitan
Eropah di bawah tajuk ‘Contributions of the Saracens’ berkata:
“Buku-buku teks
sekolah menekankan kepada sejarah Eropah silam dan moden tetapi
tidak menegaskan sejarah semasa Eropah beku dalam zaman kegelapannya. Dunia
sebenarnya sudah bersinar dengan suatu tamadun yang lebih hampir kepada apa
yang terdapat di Amerika kini. Tiga puluh generasi manusia yang menaruh
keyakinan kepada kebebasan individu telah mewujudkan tamadun itu dan berterusan
selama 800 tahun".
Di padang pasir, gunung-gunung
dan di lembah sungai yang subur dari Ganges ke Atlantik, orang ini meliputi
semua bangsa, warna dan kelas yang dahulunya daripada pelbagai agama, budaya
dan empayar kerajaan) yang terdahulu. Golongan ini terdiri daripada orang yang
menganut agama Buddha, Kristian, Islam, Hindu, Yahudi dan berbangsa Mongol,
Parsi, Medes, Arab, Yunani, Mesir, Phoenica, Mitti, Afrika dan ratusan
keturunan bangsa lagi yang wujud sebelum permulaan sejarah bertulis.
Tidak ada satu nama yang wajar
diberi kepada golongan ini, Penduduk Eropah yang bencikan mereka menamakan
mereka sebagai Saracen. Rekod-rekod mengenai Saracen yang dibenci ini banyak
diputarbelitkan mereka mempunyai tamadun selama 800 tahun, institusi-institusi,
kaedah-kaedah, cara hidup mereka semuanya terpendam dalam bahasa perhubungan
mereka iaitu Arab. Oleh kerana sejarawan-sejarawan Amerika berfikiran sama
seperti orang Eropah, kita hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai dunia
Saracen yang dilihat melalui fahaman Eropah yang salah dan kebencian yang
bermula dari zaman Peperangan Salib. Disebabkan pandangan prejudis yang
mendalam ini maka untuk memberi keadilan adalah wajar diubah gambaran ini
dengan mengutarakannya melalui perspektif Saracen. Dunia kini sangat terhutang
kepada Saracen dalam bidang sains, matematik, astronomi, ilmu pelayaran,
perubatan moden, pembedahan, pertanian saintifik dan pengaruhnya yang menuju
kepada penemuan dan penjelajahan Amerika. Dalam dunia Saracen, tidak ada kuasa
yang menekan saintis-saintis, tidak ada polis mengacau mereka dan tidak
ada kerajaan yang menjaga mereka. Sekolah-sekolah yang dibuka dari
Baghdad ke Granada banyak dikunjungi oleh penuntut-penuntut. Ada di antara
sekolah-sekolah tersebut menjadi universiti-universiti yang terkenal, dan
selama ratusan tahun mereka terus berkembang. Organisasi formal tidak wujud
bagi universiti-universiti Saracen. Muhammad berpendapat bahawa terlampau
banyak organisasi akan membawa kepada rasuah. Peraturan-peraturannya sedikit.
Tidak ada program yang standard, tidak ada kurikulum biasa, tidak ada
peperiksaaan. Untuk menghindarkan idea bahawa pendidikan akhir dengan penganugerahan
ijazah, sekolah-sekolah Saracen tidak memberi diploma atau ijazah. Ia bukannya
institusi untuk mengajar tetapi belajar. Penuntut-penuntut belajar untuk
mendapat ilmu seperti mana penduduk Amerika pergi ke kedai runcit untuk membeli
makanan. Kelas-kelas diadakan secara terbuka. Sesiapa yang mahu mencari ilmu
boleh duduk dan mendengar. Jika dia memilih untuk belajar dia akan memilih guru
dan berbincang secara peribadi dengannya apa yang
hendak dipelajari dan bayarannya dipersetujui. Jjka sekiranya selepas
masuk kelas, murid berasa dia tidak dapat ilmu yang dicarinya, dia
berhenti membayar guru itu dan pergi ke guru yang lain atau universiti
yang lain. Apabila selesai pelajaran yang diperlukan, dia berhenti sekolah
dan menguji ilmu barunya secara praktikal.
Selama 800 tahun,
sekolah-sekolah Saracen dan universiti-unversitinya berjalan atas prinsip
kebebasan, berdasarkan perjanjian sukarela antara guru dan murid. Mereka
menawarkan semua ilmu pengetahuan yang lalu dengan penekanan khas kepada ilmu
sains. Satu daripada keistimewaan sifat-sifat Saracen ialah kebolehan
mereka untuk memanfaatkan pengalaman orang lain. Mereka mengkaji karya-karya
Aristotle, Galen dan Euclid. Mereka menumpukan perhatian kepada
penemuan-penemuan silam dan teknik Yunani, China, Romawi dan selalu berusaha
mencari cara untuk memperbaikinya. Umpamanya mengenai angka-angka bilangan.
Angka-angka yang anda dapat dalam mesin kira atau angka-angka di barisan atasan
kunci-kunci mesin taip atau di muka surat buku dikenali sebagai angka Arab.
Sungguhpun disampaikan kepada kita oleh Arab Saracen yang sebenarnya
angka-angka kita ini berasal dari bahasa Hindu. Bangsa Yunani dan Roman telah
melihat simbol-simbol Hindu di India tetapi masih terus bergantung kepada
angka-angka Romawi yang sukar untuk perkiraan campur, tolak, dan darab
dengan menggunakan bola-bola kecil di atas wayar seperti yang masih dilakukan
oleh orang China sedangkan orang Saracen telah mengambil angka Hindu yang
mudah tetapi kemudiannya membuat perubahan yang membina. Jelas,
apabila manusia diberi kebebasan mereka akan mencari cara-cara bagi
memudahkan kerja.
Sumbangan Saracen yang tidak kurang nilainya kepada tamadun moden kita ialah daya pemikiran yang
bebas. Mereka yang pada pertama sekali memahami konsep matematik bahawa tidak
adanya bilangan-kosong adalah dengan sendirinya satu nombor. Mereka mencipta
sifar yang jika ia tidak ada maka sukar bagi sains untuk mewujudkan tamadun
moden kini sepertimana yang kita ketahui hari ini.”12
Maka jelaslah
dari petikan di atas bagaimana sumbangan tamadun Islam di Andalus
terhadap tamadun intelektual terutamanya di Eropah. Maka bermula dari abad
ke-15 M terutama selepas Peperangan Salib timbul zaman Renaisance di Eropah
untuk lari dari zaman kegelapannya ke zaman modennya.
Perubahan dari zaman
kegelapan telah mengambil masa yang panjang. Sungguhpun demikian Renaisance
telah memberi lebih peluang kebebasan individu dari segi agama, penulisan,
kebudayaan serta kesedaran dan pencapaian yang cemerlang dalam sastera dan
sains. Seterusnya jadilah negara-negara Eropah pada abad-abad berikutnya
sepertimana yang kita lihat hari ini.
Kini, negara-negara Eropah
dianggap lebih maju daripada negara-negara Islam. Maka adakah pada masa ini
adalah relevan untuk para intelek negara Islam untuk menrjemahkan karya-karya
Eropah ke bahasa umat Islam, atau mempelajari bahasa itu sahaja sudah cukup
untuk kita memahami ilmu yang disampaikan oleh mereka. Telah ada usaha-usaha
penerjemahan dilakukan tetapi tidaklah segiat usaha penerjemahan orang Eropah
dahulu.
ULASAN
kegiatan penterjemahan buku-buku hasil karya sarjana Islam giat dijalankan terutama di Andalus. Kebanyakan penterjemah terdiri daripada masyarakat beragama Kristian dan Yahudi. Pusat kegiatan mereka terletak di Toledo yang menempatkan sebuah akademi yang dipanggil Toledo Islamic Academy of Translation. Kemasukan karya-kayra Islam ke Barat berjaya mewujudkan satu tradisi ilmu baru di Barat serta kebangkitan masyarakatnya dari zaman kegelapan.
ULASAN
kegiatan penterjemahan buku-buku hasil karya sarjana Islam giat dijalankan terutama di Andalus. Kebanyakan penterjemah terdiri daripada masyarakat beragama Kristian dan Yahudi. Pusat kegiatan mereka terletak di Toledo yang menempatkan sebuah akademi yang dipanggil Toledo Islamic Academy of Translation. Kemasukan karya-kayra Islam ke Barat berjaya mewujudkan satu tradisi ilmu baru di Barat serta kebangkitan masyarakatnya dari zaman kegelapan.